PENGUMUMAN AHLI KELUARGA

Assalamualaikum

Semua Ahli Keluarga
Hajjah Patimah

Tuan/Puan,

HARI KELUARGA HAJJAH PATIMAH KALI KE 7 PADA 31 JULAI 2010 BERTEMPAT DI DEWAN ORANG RAMAI TAMAN SRI PUTRA, BANTING

Sukacita dimaklumkan bahwa sambutan Hari Keluarga Hajjah Patimah Kali Ke 7 akan diadakan pada 31 Julai 2010 bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Sri Putra Banting. Sehubungan dengan itu perbincangan pada 14 Mei 2010 telah mengambil keputusan seperti berikut :

1. Memandangkan sambutan hari keluarga Hajjah Patimah Kali Ke 6 telah diadakan pada tahun 2006 iaitu empat tahun lalu maka adalah disarankan semua ahli keluarga diwajibkan hadir pada sambutan kali ini.

2. Majlis akan bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka tamat jam 12.00 tengah malam.

3. Sumbangan sebanyak RM100.00 dikenakan kepada satu keluarga manakala RM30.00 bagi bujang yang telah bekerja. Walau bagaimanapun bagi keluarga yang ingin menyumbang lebih dari yang ditetapkan ia amat dialu-alukan. Bayaran boleh dibuat mulai sekarang dan tidak lewat dari 27 Julai 2010 kepada Datin Rokiah atau Puan Salinda.

4. Semasa Hari keluarga tersebut berlangsung sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam serta minuman semasa acara sukaneka akan disediakan.

5. Pada siang hari 31 Julai 2010 semua ahli keluarga dikehendaki memakai kemeja T Keluarga Hajjah Patimah yang baru (Warna ungu) Mereka yang masih belum memperolehinya bolehlah berhubung dengan Puan Norkhafizah (Mama Apit) manakala pada malamnya pakaian berkonsepkan 1 Malaysia.

6. Bagi memeriahkan sambutan kali ini acara cabutan bertuah akan diadakan. Untuk tujuan itu setiap keluarga dikehendaki menyumbang satu hadiah berupa barangan, cendera hati, hamper, makanan dan sebagainya.

7. Acara sambutan mengandungi antara lainnya senaman/tarian poco-poco, sukaneka, mencari harta karun, pertandingan mewarna/melukis, pakaian beragam kanak-kanak, pertandingan karaoke, pakaian keluarga 1 Malaysia yang menarik dan sebagainya.

8. Sebarang pertanyaan dan cadangan bolehlah dikemukakan kepada Pengerusi atau Setiausaha

Wassalam,

Hashim Jantan
Pengerusi Keluarga Hajjah Patimah

Gambar Kenangan

Monday, July 21, 2008

pertandingan taekwondo



Disini disertakan gambar Massyirah Amira bertanding di dalam
Kejohanan Taekwondo Rakan Muda Selangor ke-12 (2008)
yang berlangsung pada 12-July-2008
di Dewan Aim Point, Bandar Sg Emas Banting
Massyirah Amira mendapat pingat GANGSA di dalam kategori feather weight pada pertandingan tersebut
Video klip akan menyusul kemudian
Sijil & Keputusan Keseluruhan akan menyusul kemudian
Selepas ini Massyirah Amira akan memasuki pertandingan
Kejohanan Jemputan Selangor (Peringkat Negeri) - MSSS
pada 27-July-2008 (Ahad) di Stadium Matsushita, Seksyen 21 Shah Alam dalam kategori 10~13 tahun
Anda semua dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada Amira

Tuesday, July 15, 2008

Monday, July 14, 2008

Anugerah Datuk

TAHNIAH

Tahniah kepada pakcik Is kerana di anugerahkan Datuk oleh TYT Pulau Pinang. Dengan itu panggilan gelaran kepada pakcik Is adalah :


Datuk Ishak Yeop Hamzah dengan Datin Rokiah Jantan


** gambar-gambar penganugerahan akan menyusul tidak lama lagi

Friday, July 4, 2008

Keluarga Mohd Kushairi










Tarikh Perkahwinan : 07-Jun-1997

Mohd Kushairi B Hj Mohd Alifiah : 28-Mei-1973

Maslinawati Bt Mansuar : 18-Mac-1977

Massyirah Amira : 16-Mei-1998

Massyirah Anisya : 04-Apr-2000

Massyirah Adriana : 11-July-2007

A10-4-3, Putra Permai 1, Jalan Putra Permai 2,

Equine Park, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Tarikh mula tinggal : 02-Oct-2000

Tuesday, July 1, 2008

Lawatan Ke Singapura






Lawat Keluarga Ke Singapura pada penghujung tahun 2006 bagi menghadiri majlis perkahwinan di sana.