PENGUMUMAN AHLI KELUARGA

Assalamualaikum

Semua Ahli Keluarga
Hajjah Patimah

Tuan/Puan,

HARI KELUARGA HAJJAH PATIMAH KALI KE 7 PADA 31 JULAI 2010 BERTEMPAT DI DEWAN ORANG RAMAI TAMAN SRI PUTRA, BANTING

Sukacita dimaklumkan bahwa sambutan Hari Keluarga Hajjah Patimah Kali Ke 7 akan diadakan pada 31 Julai 2010 bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Sri Putra Banting. Sehubungan dengan itu perbincangan pada 14 Mei 2010 telah mengambil keputusan seperti berikut :

1. Memandangkan sambutan hari keluarga Hajjah Patimah Kali Ke 6 telah diadakan pada tahun 2006 iaitu empat tahun lalu maka adalah disarankan semua ahli keluarga diwajibkan hadir pada sambutan kali ini.

2. Majlis akan bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka tamat jam 12.00 tengah malam.

3. Sumbangan sebanyak RM100.00 dikenakan kepada satu keluarga manakala RM30.00 bagi bujang yang telah bekerja. Walau bagaimanapun bagi keluarga yang ingin menyumbang lebih dari yang ditetapkan ia amat dialu-alukan. Bayaran boleh dibuat mulai sekarang dan tidak lewat dari 27 Julai 2010 kepada Datin Rokiah atau Puan Salinda.

4. Semasa Hari keluarga tersebut berlangsung sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam serta minuman semasa acara sukaneka akan disediakan.

5. Pada siang hari 31 Julai 2010 semua ahli keluarga dikehendaki memakai kemeja T Keluarga Hajjah Patimah yang baru (Warna ungu) Mereka yang masih belum memperolehinya bolehlah berhubung dengan Puan Norkhafizah (Mama Apit) manakala pada malamnya pakaian berkonsepkan 1 Malaysia.

6. Bagi memeriahkan sambutan kali ini acara cabutan bertuah akan diadakan. Untuk tujuan itu setiap keluarga dikehendaki menyumbang satu hadiah berupa barangan, cendera hati, hamper, makanan dan sebagainya.

7. Acara sambutan mengandungi antara lainnya senaman/tarian poco-poco, sukaneka, mencari harta karun, pertandingan mewarna/melukis, pakaian beragam kanak-kanak, pertandingan karaoke, pakaian keluarga 1 Malaysia yang menarik dan sebagainya.

8. Sebarang pertanyaan dan cadangan bolehlah dikemukakan kepada Pengerusi atau Setiausaha

Wassalam,

Hashim Jantan
Pengerusi Keluarga Hajjah Patimah

Gambar Kenangan

Sunday, December 7, 2008

SEJARAH KELUARGA (HAJJAH PATIMAH BINTI OSMAN)


SEJARAH KELUARGA (HAJJAH PATIMAH BINTI OSMAN)
Hajjah Patimah binti Osman telah dilahirkan di Singapura pada tahun 1928. Mendirikan rumah tangga ketika berusia sebelas tahun apabila bertemu jodoh dengan Jantan bin Ahad. Sebaik mendapat seorang cahaya mata keluarga ini telah berhijrah ke Melaka dan seterusnya ke Banting, Selangor kerana penghidupan di Singapura tidak menjaminkan masa depan ekoran perang dunia kedua dan penaklukan Singapura dan Malaya oleh tentera Jepun. Sepanjang penghidupan beliau suami isteri selama 27 tahun, mereka telah memperolehi seramai lima belas orang anak yang terdiri daripada 8 lelaki dan 7 perempuan.
Pada tanggal 14 Mei, 1969 suami tercinta telah kembali ke Rahmatullah ketika berusia 49 tahun dan meninggalkan Hajjah Patimah binti Osman sebagai balu pada usia 39 tahun dengan 15 orang anak tanpa wang ringgit atau sebarang harta benda. Berkat ketabahan dan semangat kental serta tanggungjawab yang berat demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak,
Hajjah Patimah telah melakukan perbagai kerja termasuk menjual kueh, nasi lemak, mengambil upah mencuci pakaian orang dan berbagai-bagai lagi kerja yang boleh mendatangkan pendapatan. Dengan berkat usaha gigih itu kesemua anak-anak dapat dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan mempunyai kerjaya yang baik samada dengan Kerajaan di pelbagai jabatan ataupun swasta. Pada masa ini kesemua anak-anak beliau telah pun mendirikan rumah tangga, beranak dan bercucu.
Pada masa ini Hajjah Patimah binti Osman tinggal bersama anak bungsu dan menantu serta dua orang cucu di alamat:

No. 3, Lorong Merpati 10,
Taman Setia Jaya,
42700 Banting, Selangor.
Tel: 03-31872461

Di kalangan penduduk tempatan Hajjah Patimah binti Osman merupakan seorang yang disenangi, mudah bergaul dan menjadi tumpuan mereka yang memerlukan bantuan dan pertolongan perubatan tradisional terutamanya kalangan kanak-kanak. Beliau juga merupakan tempat mengadu anak-anak, menantu, cucu serta cicit yang memerlukan nasihat, bimbingan dan penyelesai masalah.
Istimewanya beliau menjadi contoh masyarakat setempat kerana kejayaannya menyatukan semua anak-anak, menantu, cucu dan cicit seramai 168 orang dalam satu keluarga yang harmoni, bersatupadu, aman damai, mesra dan boleh bertolak ansur.